DAH SEDIA KE BELUM?

October 26, 2008 at 6:03 am 1 comment

  • ‘Dah sedia ke belum’ ini lah satu persoalan yang sering bermain di minda kita. dengan kesibukan kite tau buat-buat sibuk ini yang meyebabkan kita mungkin tidak sepenuhnya bersedia untuk hadapi medan perang perperiksaan yang bakal kita hadapi tidak lama lagi. mungkin ade sesetengah kawan kita mungkin juga kita sendiri berasa lega sementara selepas tamat sesi pembelajaran di kampus. tapi kita lepas ini akan pening kepala balik untuk mengulang kaji semua pelajaran. jadi kita perlulah bersedia dari beberapa aspek yang perlu untuk kita hadapi di medan perang perperiksaan ini.antaranya ialah
    • 1. Niat
      Peperiksaan bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bergantung pada peperiksaan. Niat adalah bahasa lain dari usaha men-set mind-kan seseorang. Seorang yang memahami konsep bahawa peperiksaan bukan segala-galanya, maka dia tidak akan menjaga dirinya agar tidak menjadikannya segala-galanya. Ramai pelajar yang salah menyangka tentang peperiksaan. Mereka beranggapan bahwa peperiksaan adalah segala-galanya sehingga mereka rela melakukan apa sahaja entah dengan cara yang benar maupun salah dengan harapan dapat berjaya di dalam peperiksaan. Mereka merupakan golongan yang salah. Mereka menipu diri mereka sendiri. Mereka menghina diri mereka sendiri. Mereka gagal.
      K etika si pelajar berpegang pada prinsip meletakkan segala-galanya bergantung pada peperiksaan, maka si pelajar tidak menumpukan pada peperiksaan sahaja, namun si pelajar berusaha menjadikan peperiksaan hanya sebagai alasan untuk memotivasikan diri untuk lebih fokus dalam belajar. Di peringkat ini, pelajar akan merasakan bahwa peperiksaan membuatkan dia menjadi lebih paham, lebih menguasai pelajaran, lebih banyak maklumat, dan usaha yang diletakkan juga akan lebih maksimal. Mind set yang begini akan menjadikan si pelajar sportif dan jujur memeriksa dan menilai tahap kemampuan dirinya.

      2. Utruku ma siwaddarsi Tinggalkan segala suatu yang tidak berkaitan dengan pelajaran
      Untuk mencapai pada suatu hasil yang baik, seorang pelajar haruslah mampu untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Meninggalkan segala suatu yang tidak berkaitan dengan pelajaran adalah hal yang paling baik untuk mendapatkan tumpuan yang sempurna. Jadi, yang ada awek tu putuskan dulu awek-awek korang selama hari-hari peperiksaan just kidding !!!

      3. Disiplin
      Disiplin adalah hal yang terpenting untuk mencapai kejayaan. Namun pada hari-hari peperiksaan, disiplin belajar, disiplin pemakanan, disiplin waktu, disiplin tidur semuanya perlu diperhatikan. Konsep 6×2 : 2×6 sangat bergantung pada kemampuan seseorang dalam berdisiplin.
      Konsep 6×2 : 2×6 = adalah konsep dalam mengulang kaji pelajaran. Peruntukan masa selama 6 jam non stop dalam belajar yang dikalikan dengan dua akan membuahkan hasil yang berbeza dengan peruntukan 2 jam yang dikalikan dengan enam. Minda seseorang akan merasa letih kalau terus menerus dipaksa untuk menerima suatu pelajaran. Pelajar yang mahir akan mengatur waktu mereka agar selalu dapat memperuntukkan masa yang memadai untuk suatu pelajaran ketika mindanya FRESH. Pergantian mata pelajaran ke mata pelajaran lain akan membantu seseorang untuk me-refresh-kan minda mereka.
      Peringatan : Minda tidak akan fresh jika direfreshkan dengan menonton filem !!! Freshkanlah minda anda dengan solat sunat dan baca Al-Qur’an.

      4. Ad Doa’ silahul Mu’min Doa adalah senjata orang-orang mu’min
      Sebagai seorang mu’min perlulah kita percaya bahawa segala kejayaan dan kemenangan hanya akan diraih dengan rahmat dan inayah dari Allah SWT. Jika kita mengharapkan sebuah kejayaan yang mutlak dan adil maka tentunya kita tidak pernah akan berjaya, kerana usaha kita untuk mendapatkan kejayaan itu tidak seimbang (setimpal) dengan kejayaan itu sendiri. Allah SWT sangat kasih dan sayang pada hamba-hambanya. Kasih sayang Allah SWTlah yang memberikan kejayaan kepada kita walaupun kita tidak layak menerimanya.
      Prinsip : Usaha tanpa doa adalah SOMBONG, Doa tanpa usaha adalah OMONG KOSONG
      Pelajar yang ingin berjaya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Solat-solat seperti solat malam, duha’, qabliyyah dan ba’diyyah, tilawah, shoum dan sodaqoh sudah menjadi agenda wajib bagi mereka. Mereka juga akan meminta maaf dan doa dari teman-temanya dan juga ibu bapa tentunya. Doakanlah teman-teman kita maka kita juga akan didoakan.
      Pernah ada yang berkata, “Dah nak dekat peperiksaan rajin benar dia beramal kalau tidak liat benar…” Ingatlah Allah pada waktu ada senang maka Allah akan mengingat kita pada waktu kita susah. Namun kalau kita dalam keadaan terdesak dan susah lalu tak reti-reti nak beramal, tak taulah orang jenis apa kita ni…

      5. Qana’ah Berpuas Hati
      Setelah segala usaha kita kerahkan maka hendaklah kita berpuas hati dengan segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Jangan pernah merungut dan menyesal atau bermegah dan sombong. Akhiri setiap paper kita dengan sujud syukur. Jadikanlah sujud syukur sebagai suatu amalan.

      Entry filed under: semasa, Uncategorized. Tags: .

    SeMARaK PerJuaNgan MElaLuI WebloG SALAM UKHWAH

    1 Comment Add your own

    • 1. ustaz2engineer  |  October 31, 2008 at 1:43 am

      insyallah..still dalam proses. hanya dengan perancangan yang teliti dan usaha yang gigih shj menjadi prasyarat kepada kegemilangan dlm pencapaian akademik. Disertai dengan berdoa dan tawakal, menjadikan usaha kita diberkati Allah s.w.t. Teruskan berusaha wahai adikku..

      Reply

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


    SeLaMAt MenePuh UJIan

    “Islam For Peace”

    Ingatlah wahai sahabatku Bahawa hidup di dunia ini hanyalah satu permainan saja.JADI KEJAR 5 SEBELUM DATANG 5

    DETIK MASA

    October 2008
    M T W T F S S
    « Sep   Nov »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

    MUTIARA KATA.

    .......HaRi Ini Yg BerlaLu MeLahiRkaN SeoRanG inSan Yg Tak PunYa ImpiAN dan MiNpi HiduP .SeGalA Apa Yg Ada Cuma PikIRan UtK KemBalI KepaDa TuHan,Dan MenaHan HAraPan UntUk BerTemU Dan MenaTap WajAh DIA pada HaRi EsoK.......

    PILIHAN

    Flickr Photos

    More Photos

    RSS NASYID FM

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

    RSS IKIM.FM

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

    RSS MALAYSIA ONLINE

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

    ARTIKEL TIME

    Nasyid.fm

    ARTIKEL

    Blog Stats

    • 22,067 lihat..

    WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA

    1.Segera menunaikan solat walau dalam keadaan mana sekalipun 2.bacalah Al-Quran,Tatapilah Buku, pergilah mendegar perkara yang baik atau amalkan zikrullah. (jangan buang masa) 3.Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab 4.Jangan banyak bertengkar 5.Jangan banyak ketawa 6.Jangau bergurau 7.Jangan bercakap lebih nyaring drp kadar yang dikehendaki oleh para pendengar 8.Jauhilah drp mengumpat 9.Berkenal-kenalah drp tiap2 saudara Ikhwan Muslimin 10.Kewajipan kita lebih byk drp masa yg kita ada

    %d bloggers like this: