….JoM sOLaT DHuhA…..

January 20, 2009 at 2:06 am 4 comments

solat3
SOLAT DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : ” Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu solat Dhuha:
Ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya:
Adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Niat solat Dhuha ialah :

a3

Ertinya : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala ”

Doa solat Dhuha ialah:
as1

Entry filed under: ibadah. Tags: .

MESTI BOIKOT.!!! !!..We Love Muhammad..!!

4 Comments Add your own

  • 1. camar  |  July 13, 2009 at 2:05 am

    salam, boleh ke baca surah lain selain dari surah dhuha dlm solat dhuha

    Reply
    • 2. ibnuzainal916  |  July 13, 2009 at 2:26 am

      w,salam… syukran kerana sudi melayari blog ini.. setahu saya tiada maslah jikalu mahu membaca surah lain daripada surah dhuha.

      Reply
  • 3. ila  |  October 8, 2009 at 5:27 am

    salam,,,saya ila nk bertanya saya suka bersolat..klu kita buat 12 rakaat satu salam ker..wat 2rakaat sampai satu salam sehingga jadi 12rakaat..sembahyang sunat ke fardhu ker..saya suka mbaca Al-fatihah dengan Al-ikhlas jer…

    wsalam…

    Reply
  • 4. Kamal  |  January 6, 2010 at 2:17 pm

    Boleh tau dimana boleh saya dapatkan, mp3 utk doa solat Dhuha.

    Terima Kasih.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


SeLaMAt MenePuh UJIan

“Islam For Peace”

Ingatlah wahai sahabatku Bahawa hidup di dunia ini hanyalah satu permainan saja.JADI KEJAR 5 SEBELUM DATANG 5

DETIK MASA

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

MUTIARA KATA.

.......HaRi Ini Yg BerlaLu MeLahiRkaN SeoRanG inSan Yg Tak PunYa ImpiAN dan MiNpi HiduP .SeGalA Apa Yg Ada Cuma PikIRan UtK KemBalI KepaDa TuHan,Dan MenaHan HAraPan UntUk BerTemU Dan MenaTap WajAh DIA pada HaRi EsoK.......

PILIHAN

Flickr Photos

More Photos

RSS NASYID FM

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKIM.FM

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS MALAYSIA ONLINE

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

ARTIKEL TIME

Nasyid.fm

ARTIKEL

Blog Stats

  • 22,067 lihat..

WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA

1.Segera menunaikan solat walau dalam keadaan mana sekalipun 2.bacalah Al-Quran,Tatapilah Buku, pergilah mendegar perkara yang baik atau amalkan zikrullah. (jangan buang masa) 3.Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab 4.Jangan banyak bertengkar 5.Jangan banyak ketawa 6.Jangau bergurau 7.Jangan bercakap lebih nyaring drp kadar yang dikehendaki oleh para pendengar 8.Jauhilah drp mengumpat 9.Berkenal-kenalah drp tiap2 saudara Ikhwan Muslimin 10.Kewajipan kita lebih byk drp masa yg kita ada

%d bloggers like this: