Archive for August, 2009

Berakhir fasa-1…vol 4

untitled

“Permulaan bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan dan terakhirnya adalah pembebasan dari (siksa) naraka”

Kini sedar tak sedar sudah 10 hari ramadhan berlalu.. sudah berakhir fasa pertama dalam bulan Ramadhan… amatlah rugi dan meyesalnya diri yang hina ini kerana masih lagi tidak ada perubahan amalan diri ini pada permulaan bulan ramadhan ini… masih kat takuk lama…masih sama macam bulan-bulan yang lain…tapi Alhamdulillah kini masih lagi diberi oleh Allah nyawa dan perbagai nikmat kepada kita agar dapat memperbaiki dan terus perbaiki diri yang hina ini semakin baik dan terus baik demi hari ke hari yang mendatang…. Ya Allah bantulah hamba mu ini dalam mencari keredaan Mu, keampunan Mu dan keihlasan dalam mengerjakan ibadah kepada Mu…. Sesungguhnye hamba mu ini amatlah lalai dan selalu melakukan kesalahan kepada Mu…jadikanlah Ramadhan yang akan mendatang ini lebih baik daripada Ramadhan –Ramadahan yang berlalu… perkenankanlah permohonan hamba mu ni ya Allah…..

August 31, 2009 at 11:41 pm Leave a comment

Minyak naik lagi – Rakyat didahulukan, minyak dinaikkan.

Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

August 31, 2009 at 11:10 am Leave a comment

Rutin Harian Di Bulan Ramadhan..Vol 3

z
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran (4 muka sekurang2nye) hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran (4 muka sekurang2nye). Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4. Membaca Al-Quran (4 muka sekurang2nye)

4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4. Membaca Al-Quran (4 muka sekurang2nye)

5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga”, merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam

1.Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk (4 muka sekurang2nye)
, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :
“Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.”

August 23, 2009 at 11:36 pm Leave a comment

Ramadhan Vol-2

The Battle Of Ramadhan…Up to Spirit in Ramadhan…

August 18, 2009 at 5:05 pm Leave a comment

Ahlan Ya Ramadhan. Vol 1


August 17, 2009 at 4:42 am Leave a comment

Al-Fatih Takluki Konstantinople..

sultan_muhammad_al-fateh
472px-Zonaro_GatesofConst

Terbaca kisah kisah Al-Fatih yang berjaya menakluki Konstantinople.

“kota konstantinople akan dibuka oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik”

Konstantinople kota milik empayar Byzantine merupakan sebuah kota yang memiliki pertahanan yang amat menakjubkan.
constantinople1

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bhosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh, antaranya seperti:

1. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
2. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
3. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
4. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
5. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.
Fatih%20Sutam%20Mehmed

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi SAW, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Tentu bukan mudah untuk Sultan Muhammad al Fatih untuk menakluki kota tersebut. Peribadi baginda dan tentera-tentera baginda juga menjadi ramuan kemenangan ini.
Rumeli_Hisari_Fortress

Perkara ini dapat disaksikan semasa baginda dan tentera-tentera baginda ingin menunaikan solat Jumaat kali pertama di Konstantinople selepas menumpaskan Angkatan tentera Byzantine.

Timbul pertanyaan di kalangan mereka siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda kemudiannya memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul. Mungkin inilah satu faktor kemenangan Baginda dan tentera baginda. Mereka betul-betul berhak untuk mendapat gelaran seperti yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW itu.

Renung-renungkan.

August 10, 2009 at 5:02 pm Leave a comment

The Best S.Harakah In K.A.D

song 1

song 2

August 9, 2009 at 10:47 am Leave a comment


SeLaMAt MenePuh UJIan

“Islam For Peace”

Ingatlah wahai sahabatku Bahawa hidup di dunia ini hanyalah satu permainan saja.JADI KEJAR 5 SEBELUM DATANG 5

DETIK MASA

August 2009
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

MUTIARA KATA.

.......HaRi Ini Yg BerlaLu MeLahiRkaN SeoRanG inSan Yg Tak PunYa ImpiAN dan MiNpi HiduP .SeGalA Apa Yg Ada Cuma PikIRan UtK KemBalI KepaDa TuHan,Dan MenaHan HAraPan UntUk BerTemU Dan MenaTap WajAh DIA pada HaRi EsoK.......

PILIHAN

Flickr Photos

RSS NASYID FM

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKIM.FM

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS MALAYSIA ONLINE

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

ARTIKEL TIME

Nasyid.fm

ARTIKEL

Blog Stats

  • 22,140 lihat..

WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA

1.Segera menunaikan solat walau dalam keadaan mana sekalipun 2.bacalah Al-Quran,Tatapilah Buku, pergilah mendegar perkara yang baik atau amalkan zikrullah. (jangan buang masa) 3.Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab 4.Jangan banyak bertengkar 5.Jangan banyak ketawa 6.Jangau bergurau 7.Jangan bercakap lebih nyaring drp kadar yang dikehendaki oleh para pendengar 8.Jauhilah drp mengumpat 9.Berkenal-kenalah drp tiap2 saudara Ikhwan Muslimin 10.Kewajipan kita lebih byk drp masa yg kita ada