Posts filed under ‘sirah’

Ramadhan Bulan Perjuangan

Di mata banyak orang, Ramadhan adalah bulan pengurangan aktifitas dan pengurangan produktifitas. Ini dikarenakan jadwal makan yang biasanya tiga kali sehari menjadi dua kali sehari. Dalam kacamata mata biologi, jika asupan makanan kita berkurang maka artinya kerja kita berkurang. Tapi berbeda antara kacamata ramadhan dengan kacamata biologi. Justru dalam kacamata Ramadhan, dengan mengatur jadwal makan, dan mengatur nafsu, itu justru bisa menjadi energi yang besar untuk beramal.

Banyak peristiwa-peristiwa besar yang bahkan terjadi di Bulan Ramadhan. Tercatat kemenangan gemilang kaum Muslimin di Badar yang terkenal denagn sebutan perang Badar terjadi di bulan Ramadhan. Fathul Makkah, penaklukan kota mekah yang tanpa pertumpahan darah itu juga terjadi di Bulan Ramadhan. Thoriq Bin Ziyad mulai melancarkan ekspansi dakwah ke wilayah Andalusia juga terjadi di bulan Ramadhan. Bahkan, kemerdekaan RI versi penaggalan Hijriah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Mestinya demikian pula dengan kita, kita harus membuat target pribadi dan target sosial. Target pribadi adalah segala hal yang terkait dengan meningkatnya amal ibadah mahdah kita, karena pahala di bulan ini dilipatgandakan berlipat-lipat oleh Allah. Kita isi malam-malam kita dengan ibadah tadarus, mengkaji AlQuran, dan Sholat Tarawih. Sedangkan target sosial kita adalah mengeluarkan rizqi untuk orang-orang yang membutuhkan, membuat agenda-agenda Ramadhan, juga barangkali menjadi relawan di sejumlah lembaga Amal.

Banyak hal yang bisa kita perbuat di bulan suci ini. Di bulan ini kita bisa menanamkan semangat beramal, dan berbuat. Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan di bulan ini. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan.

August 13, 2010 at 7:04 am Leave a comment

Kisah Perang Ahzab…Di Bulan Syawal

aac
Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah bersama menghayati sirah Rasulullah SAW dalam peperangan Ahzab.
Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.

Perang Ahzab atau Khandak adalah perang yang mengumpulkan 10,000 orang tentera musyrikin dari sekitar tanah arab untuk memerangi Madinah. Jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada bilangan penduduk madinah termasuk anak-anak, wanita-wanita dan golongan tua.

Apabila mengetahui keadaan tersebut Rasululullah telah bermesyuarat dan telah mengambil idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian Utara Madinah. Bahagian lain di sekeliling Madinah dikelilingi oleh gunung-gunung dan kebun-kebun kurma menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.

Setelah sempurna penggalian tersebut maka seperti yang dijangka sebuah ketumbukan besar musyrikin Quraisy bergabung dengan kaum-kaum musyrikin di sekitar Mekah muncul di hadapan parit tersebut.

Di sini dapat diringkaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh orang Musyrikin untuk menyeberangi parit itu tidak berjaya. Peperangan terbatas hanya dengan melepaskan anak panah. Walaupun begitu terdapat enam orang dari pihak muslimin dan 10 orang dari pihak musyrikin yang terbunuh.

perang_ahzab
Bani Quraizah melanggar janji

Dalam keadaan yang tegang itu, Bani Quraizah iaitu kaum Yahudi yang tinggal di Madinah telah dihasut oleh Huyai bin Akhtab untuk memerangi kawasan tempat tinggal di Madinah yang didiami oleh wanita-wanita dan anak-anak kecil. Mereka telah melanggar janji mereka dengan Rasulullah dengan membuat keputusan tersebut.

Beberapa orang Yahudi dilihat cuba menyusup masuk untuk menyerang dari belakang. Walaupun begitu dengan keperwiraan yang ditunjukkan oleh Shafiyyah binti Abdul Muthalib, beliau berjaya membunuh mereka dan Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka Rasulullah juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Keadaan menjadi selamat seketika.

Keadaan sedemikian menyebabkan mereka hanya menyediakan makanan kepada tentera-tentera Quraisy.

Setelah mendengar berita yang merungsingkan tersebut Rasulullah telah menghantar wakilnya untuk mencari kebenaran tentang peristiwa tersebut. Apabila ternyata kesahihan berita tersebut berita ini tersebar dalam kalangan tentera yang menjaga di barisan hadapan. Kemudian sebahagian daripada tentera memohon izin untuk pulang mempertahankan anak-anak dan isteri mereka di rumah.

jihad-ghuraba
Bantuan dari Allah

“Allahuakbar bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah.” Sabda baginda setelah diam seketika.

Rasulullah merancang untuk menghantar beberapa pasukan untuk menjaga di barisan belakang dan menghantar beberapa pasukan untuk mengucar-kacirkan tentera musyrikin di barisan hadapan.

Namun rancangan Rasulullah tidak diterima oleh beberapa orang Sahabat setelah Rasulullah memberitahu rancangan ini adalah pendapatnya dan bukan wahyu daripada Allah.

Kemudian Allah telah membuat keputusan yang sekaligus menghina dan memecahbelahkan musuh dengan mendatangkan Nua’im bin Mas’ud. Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy. Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah dan bersedia membantu untuk memecahbelahkan tentera musyrikin.

Setelah Rasulullah menyerahkan cara dan strategi memecahbelahkan mereka kepada Nua’im maka beliau telah melaga-lagakan antara Bani Quraizah dan Bani Quraisy.

Setelah mengetahui bahawa barisan mereka telah berpecah belah, mereka telah hilang semangat untuk berperang memandangkan khuatir berlaku peperangan sesame sendiri dan tiada kesatuan antara mereka.

Pada masa yang sama Rasulullah dan para sahabat berdoa kepada Allah dengan penuh keikhlasan agar pasukan musuh dikalahkan.

Akhirnya Allah menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut semua khemah-khemah musuh memporak-perandakan gerakan mereka. Allah juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh.

Rasulullah menghantar wakil untuk melihat keadaan musuh dan ternyata tiada seorangpun dalam kalangan mereka yang tinggal melainkan kesemuanya telah melarikan diri ke Mekah.
perang
Kesimpulan

Peperangan ini telah bermula pada 5 Syawal dan telah berlangsung selama sebulan.

Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata. Tiada pertempuran yang hebat antara kedua belah pihak.

Namun dalam catatan sejarah Islam ini adalah peperangan yang sangat tegang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak musyrikin. Peperangan ini memberi petunjuk bahawa sebesar manapun kekuatan ketenteraan yang ada pada negara arab tidak sanggup untuk melawab kekuatan kecil yang sedang mekar di bumi Madinah.

Disebabkan hal ini Rasulullah bersabda “Sekarang kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.”
aZttVw423267-02

September 28, 2009 at 11:53 pm Leave a comment

Israk Mikraj

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Surah al-Israa: ayat 1)

Rejab 1429 telah pun melabuhkan tirai. Sya’ban kini dan Ramadhan menanti. Semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat itu. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.

Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan dimikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ

Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.

Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.

KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU

Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.

Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.

Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.

Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.

PENUTUP

Dari segala apa yang telah saya nyatakan ini maka sudah tentulah pelbagai pengajaran dapat diambil dari peristiwa Israk Mikraj ini. Ia bukanlah hanya sekadar cerita untuk didengar dan dibaca semata-mata namun jauh dari itu ia dapat dijadikan pedoman hidup selama kita di dunia ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari tulisan ini. InsyaAllah.

‘Memberi dan Berbakti’

-ILuvislam-

July 21, 2009 at 12:46 pm 2 comments

Khutbah Terakhir Nabi S.A.W

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah: (more…)

September 25, 2008 at 2:02 am 1 comment


SeLaMAt MenePuh UJIan

“Islam For Peace”

Ingatlah wahai sahabatku Bahawa hidup di dunia ini hanyalah satu permainan saja.JADI KEJAR 5 SEBELUM DATANG 5

DETIK MASA

August 2017
M T W T F S S
« Oct    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

MUTIARA KATA.

.......HaRi Ini Yg BerlaLu MeLahiRkaN SeoRanG inSan Yg Tak PunYa ImpiAN dan MiNpi HiduP .SeGalA Apa Yg Ada Cuma PikIRan UtK KemBalI KepaDa TuHan,Dan MenaHan HAraPan UntUk BerTemU Dan MenaTap WajAh DIA pada HaRi EsoK.......

PILIHAN

Flickr Photos

RSS NASYID FM

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS IKIM.FM

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS MALAYSIA ONLINE

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

ARTIKEL TIME

Nasyid.fm

ARTIKEL

Blog Stats

  • 22,140 lihat..

WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA

1.Segera menunaikan solat walau dalam keadaan mana sekalipun 2.bacalah Al-Quran,Tatapilah Buku, pergilah mendegar perkara yang baik atau amalkan zikrullah. (jangan buang masa) 3.Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab 4.Jangan banyak bertengkar 5.Jangan banyak ketawa 6.Jangau bergurau 7.Jangan bercakap lebih nyaring drp kadar yang dikehendaki oleh para pendengar 8.Jauhilah drp mengumpat 9.Berkenal-kenalah drp tiap2 saudara Ikhwan Muslimin 10.Kewajipan kita lebih byk drp masa yg kita ada